KERAJAAN MARITIM- Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.
- Sungai dan lautdijadikan sebagai sistem perhubungan utama.
- Keadaan ini menyebabkan munculnya perlabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam kegiatan perdagangan.
- pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli.
- Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk membweri keselesaan kepada pedagang--pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk berlayar
- Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melakadan Laut China Selatan ialah seperti kerajaan Chih Tu,Champa danKedah Tua.
- kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya
- Pedagangan kerajaan maritim meliputi kawasan sekitarnya,serantau,perdagangan antarabangsa dan entrepot
- Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai tenpat pengumpulan dan pengedaran barang
- barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran seperti hasil hutan,rempah ratus,ubat-ubatan,damar gaharu dan kencana
- Pedagang dari Negara China,India, Arab dan Eropah ini memerlukan barangan ini .Barangan ini dijual dengan harga yang mahal
- Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak antara bangsa
No comments:
Post a Comment